MH370: Laporan Interim Diumum 7 Mac

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan mengumumkan laporan interim oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) berhubung siasatan selama setahun misteri kehilangan pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370 pada 7 Mac depan.

 

Timbalan Menterinya, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata beliau tidak boleh mendedahkan lebih lanjut mengenai perkara itu ketika ini kerana pengumuman mengenainya akan dibuat Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

 

“Laporan interim mengenai siasatan pesawat tersebut akan diumumkan pada 7 Mac ini. Saya tak boleh dedahkan lebih lanjut… menteri yang akan buat pengumuman nanti,” katanya.

 

Beliau berkata laporan interim tersebut akan turut disiarkan di dalam laman web DCA sejurus selepas pengumuman tersebut. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.