Mayat Lelaki Dijumpai Terdampar Di Tepi Sungai Kedah

Alor Setar – Orang awam menemukan mayat seorang lelaki berusia lingkungan 20-an terdampar di tepi Sungai Kedah berdekatan Ampang Jajar, di sini, hari ini.

 

Identiti lelaki itu yang belum dikenal pasti, dipercayai mati lemas kurang daripada 24 jam berdasarkan keadaan mayat yang hanya sedikit membengkak namun tidak berbau, menurut polis.

 

Ketua Balai Polis Alor Setar, Inspektor Salahuddin Amran berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 9.30 pagi memaklumkan tentang penemuan mayat tersebut.

 

“Pemeriksaan awal ke atas mayat mangsa yang memakai baju belang dan berseluar jeans itu tidak menemukan sebarang kesan luka atau lebam pada anggota badan mangsa,” katanya kepada pemberita di Alor Star, hari ini.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat. – Bernama, 28 Januari, 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.