Kejadian Tetak Antara Kaum Di Pandan Jaya Palsu – Polis

KUALA LUMPUR: Polis pada Rabu menafikan khabar angin kononnya berlaku insiden tetakan antara kaum di Pandan Jaya, di sini, seperti disebarkan melalui aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad menegaskan tiada kejadian seumpama itu berlaku dan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut.

 

“Keadaan di sekitar Pandan Jaya aman dan terkawal. Kehidupan masyarakat berjalan seperti biasa dan orang awam tidak perlu bimbang untuk keluar menjalankan aktiviti harian,” katanya pada Rabu.

 

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan maklumat yang tidak berasas.

 

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak berkongsi dan menyebar maklumat yang tidak sahih kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan. Bagi sebarang maklumat, sila rujuk pihak berkuasa” katanya. – MStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.