JCorp Mahu Urus Ladang, Bukan Ambil Alih NFC – Kamaruzzaman

JOHOR BAHRU: Johor Corporation (JCorp) tidak berhasrat mengambil alih syarikat Pusat Fidlot Nasional (NFC) sebaliknya berminat menguruskan ladang ternakan syarikat itu di Gemas, Negeri Sembilan.

 

Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kasim, berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Negeri Sembilan dalam tempoh terdekat ini berhubung perkara itu.

 

“Kita bukan nak ambil alih (syarikat) NFC tetapi kita menawarkan khidmat untuk menguruskan salah satu ladang ternakannya iaitu di Gemas kerana kemudahan yang sedia ada di situ,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Hari BISTARI, di sini tadi.

 

Sebelum ini ada JCorp dilaporkan berminat memulihkan 57 ladang ternakan terbiar termasuk NFC di Gemas untuk meningkatkan pengeluaran daging lembu dan kerbau negara. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.