Ibrahim Ali Saman Joseph Kurup

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berhubung kenyataan yang didakwa menjejaskan imej pertubuhan itu.

 

Ibrahim berkata, saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini menerusi firma guaman, Tetuan Adnan, Sharida & Co.

 

Saman itu juga membabitkan beberapa isu misalnya tindakan mengedar Bible bahasa Melayu yang bagi Ibrahim naskhah tersebut boleh dibakar kerana tidak boleh dibuang.

 

“Saya menghormati agama-agama lain. Saya bukan hendak membuat provokasi terhadap pihak lain tetapi nampaknya ada pihak lain yang mahu menjadi Peguam Negara (AG).

 

Jika ada kes, AG sudah tentu akan dakwa saya ke mahkamah. Ini tidak, akhbar The Star hendak menjadi AG dan Kurup pun mahu menjadi AG.

 

“Mereka bercakap tentang kebebasan dan hak asasi manusia, tetapi mengapa apabila Perkasa bercakap, terus dilabel sebagai rasis,” kata Ibrahim. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.