Dua Terbunuh Dalam Letupan Bom

Sekurang-kurangnya dua terkorban dalam letupan bom di selatan Filipina semalam, dalam siri insiden keganasan terbaharu yang berlaku di wilayah bergolak di negara ini.

 

Menurut jurucakap tentera wilayah, Joan Petingly, dua lelaki yang menunggang motosikal dan dipercayai membawa bahan letupan terkorban apabila bom tersebut meletup secara tiba-tiba di Pikit, Kepulauan Mindanou.

 

Letupan tersebut berlaku selepas serangan bom kereta yang mengorbankan dua orang dan mencederakan 50 yang lain Jumaat lalu di bandar Zamboanga, dan kejadian pertempuran dengan kumpulan pemisah yang mengorbankan 44 anggota polis di bandar Mamasapano kira-kira 22 kilometer dari Pikit. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.