Bukan Isu Besar Kalau Anwar Dipenjara – Mustafa Ali

Sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan tidak memihak kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari ini, ianya bukan sesuatu isu yang besar.

 

Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali berkata nasib Anwar tidak akan menjejaskan kedudukan PAS dalam PR malah ia akan menguatkan kerjasama politik mereka sebagaimana sewaktu Barisan Alternatif sebelum ini.

 

“Kedudukan PAS dalam PR lagi kukuh kalau Anwar dipenjarakan.

 

“Soal PAS mahu keluar daripada PR tidak berbangkit sebab masa dalam Barisan Alternatif pun Anwar tiada, masa itu ada Kak Wan…ada Azmin, kita bekerjasama dengan parti, bukan orang,” katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas hari ini.

 

Mustafa berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon semalam yang mengatakan PAS akan meninggalkan PR jika Anwar dipenjara pada 10 Februari ini apabila keputusan rayuan kes liwatnya diketahui.

 

Katanya, Anwar merupakan tokoh yang mengikat pakatan itu walaupun kini ketiga-tiga komponen parti itu dilihat bertelagah sesama sendiri.

 

Terdahulu, isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang menjadi perbalahan besar antara PAS dan kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa bertentangan dengan Perlembagaan negara. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.