Bekas Isteri Jimmy Shanley Dihukum Penjara

Kuala Lumpur – Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebentar tadi memerintahkan bekas isteri pelakon dan pengacara Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimi menjalani hukuman penjara tujuh hari mulai hari ini selepas ingkar perintah mahkamah berkaitan hak lawatan dan bermalam anak mereka, Zahrah Rania.

 

Hakim Syarie Mawardi Che Man memutuskan sedemikian selepas menolak tunjuk sebab yang dikemukakan Nurshuhaila.

 

Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan hukuman itu sehingga jam 4 petang ini bagi membolehkan peguam Saadiah Din memfailkan permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman terhadap anak guamnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.