3,823 Calon STAM Peroleh Maqbul Hingga Mumtaz

PUTRAJAYA 28 Jan. – Sebanyak 3,823 calon atau 63.3 peratus daripada 6,035 pelajar yang menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2014 berjaya memperoleh sijil sekurang-kurangnya pangkat maqbul (lulus) hingga mumtaz (cemerlang) dalam peperiksaan tersebut.

 

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan 310 calon atau 2.9 peratus daripada tahun 2013 yang mencatat 3,513 calon.

 

“Pada tahun 2014, calon yang tidak layak sijil STAM menurun sebanyak 91 calon atau 2.9 peratus daripada 2,303 calon pada 2013 kepada 2,212 calon pada tahun 2014,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengumumkan analisis keputusan STAM di Kementerian Pendidikan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.