Kementerian Kesihatan Lancar Aplikasi MyNutriApps

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan hari ini melancarkan aplikasi telefon pintar dan laman web, MyNutriApps bagi membolehkan rakyat mengakses maklumat berhubung nutrisi pemakanan sihat.

Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, aplikasi tersebut mengandungi resipi sihat dan kandungan kalori serta aktiviti yang perlu dilakukan untuk pembakaran kalori.

“Orang ramai boleh memuat turun aplikasi tersebut bermula hari ini untuk membantu pengurusan berat badan,” katanya dalam sidang akhbar Makan Secara Sihat di Tahun Baharu Cina di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.