Keluarga Islam di Sweden Dikenalpasti Ambil Alih Hak Penjagaan

Sweden

 

STOCKHOLM: Lembaga Kebajikan Sosial Sweden memberikan kebenaran supaya empat kanak-kanak warga Malaysia tinggal bersama keluarga angkat Islam dari Malaysia.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Sheikh Nafiq Alfirdaous memaklumkan dua keluarga sudah dikenal pasti dan proses pemindahan hak penjagaan sementara itu dijangka selesai dalam tempoh seminggu.

 Jelas Nafiq, perkara itu dimaklumkan Pihak Lembaga Kebajikan Sosial Sweden selepas pertemuan dengan pihaknya di Stockholm pada Isnin.

 “Mereka akan diserahkan kepada keluarga angkat baru dalam tempoh seminggu, setelah mendapatkan kebenaran ibu bapa mereka”, jelas Nafiq kepada pengarang Astro AWANI Zan Azlee Zainal Abidin.

 Empat beradik yang berusia 7, 11, 12, dan 14 tahun itu kini ditempatkan bersama keluarga angkat selepas ibu bapa Mereka Azizul Raheem Awalludin Dan Shalwati Nurshal ditahan polis Sweden sejak 18 Disember lepas.

Azizul dan Shalwati ditahan kerana didakwa memukul tangan salah seorang anak mereka yang meninggalkan solat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.