Beberapa Ladang di Seoul Ditutup Bendung Wabak Selsema

SEOUL – Korea Selatan mengarahkan beberapa buah ladang ternakan di tiga wilayahnya di sini menutup operasi mereka selama 12 jam bagi membendung wabak selsema burung merebak dan menghalang pergerakan haiwan, orang ramai dan kenderaan.

Lebih daripada 640,000 ternakan telah di bunuh sejak wabak itu mula dikesan pada 16 Januari di sebuah ladang itik di Gochang, 300 kilometer di barat daya Seoul.

Penutupan operasi selama 12 jam itu dilakukan ke atas beberapa ladang ternakan dan beberapa ahli dalam industri tersebut termasuk ahli veterinar yang bermula pada hari Isnin, 6 pagi di Gyeonggi di wilayah Selatan dan Utara Chungcheong. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.