TMJ Tanya Syed Saddiq Janji Berkaitan Penganjuran SUKMA 2020

KUALA LUMPUR —Tunku Mahkota Johor (TMJ) mempersoal janji Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk memberi peruntukan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2020.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata sehingga kini tidak ada sebarang peruntukan dan perbincangan dibuat berkaitan penganjuran acara sukan berkenaan di Johor.

“Sebelum ini menteri belia dan sukan mengatakan kepada exco sukan dan belia Johor yang beliau sudah ada peruntukan untuk Sukma negeri,” coretnya di Twitter hari ini.

“Tetapi dalam tempoh lapan bulan ini, tiada. Mesyuarat tidak ada, jawapan tidak ada. Nak jumpa susah. Buat apa janji”.

Bulan lalu, kerajaan Johor dilapor kecewa berikutan Belanjawan 2019 tidak menyebut peruntukan penganjuran Sukma.

Exco sukan negeri menyatakan perbincangan akan dibuat bersama kerajaan negeri dan Kementerian Belia dan Sukan.

Mohd Khuzzan Abu Bakar mendakwa Johor memerlukan perbelanjaan kira-kira RM90 juta untuk penganjuran acara itu. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.