Lana Nodin Terharu Suami Iqamatkan Anak Kedua

PELAKON, Lana Nodin dan suami Mohd Daud McKienzie selamat menimang cahaya mata kedua di sebuah Pusat Perubatan Rampai Puteri ibu kota, semalam.

Berita itu diumumkan sendiri oleh Lana dengan memuat naik video memaparkan suaminya sedang iqamat kepada anak baru lahir mereka.

“MMDG&W terharu dan sayu bila mendengar suami tercinta iqamatkan seorang lagi insan yang akan menjadi penyeri dalam keluarga kami.

“Alhamdulillah dan terima kasih pada @rampaiputeri dan Dr Zanariah yang memberi layanan yang sangat baik sepanjang sy berada di hospital.

“Terima kasih ALLAH SWT,” katanya Lana di IG.

Di ruang komen IG Lana, rata-rata rakan kenalan artis turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Antara artis yang memberikan ucapan seperti Ashraf Muslim, Rita Rudaini, Zarina Zainuddin, Yasmin Hani, Haiza dan Riz Amin serta ramai lagi.

Lana yang pernah mendapat jolokan Pamela Anderson Malaysia berkahwin dengan suaminya pada 15 Mei 2015.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Gia Quinn McKienzie. – SINAR HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.