Kerajaan Diam-Diam Ambil RM1.2 Bilion Dari Kantung Rakyat?

KUALA LUMPUR – MCA mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mengambil ‘duit rakyat’ sebanyak RM1.2 bilion hasil daripada kejatuhan harga minyak sejak dua bulan lalu.

Semasa harga minyak dunia menjunam sejak dua bulan lalu, kerajaan yang masih memberi subsidi bagi harga petrol sebenarnya telah meraih keuntungan daripada perbezaan harga.

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Lau Chin Kok mendakwa, kerajaan PH meraih keuntungan sebanyak RM1.2 bilion antara 8 November hingga 24 Disember.

Tegasnya, walaupun Menteri Kewangan telah mengumumkan untuk mengembalikan sistem apungan minguan bagi mengenal pasti harga RON95 mulai 1 Januari, namun Lim Guan Eng perlu menjelaskan adakah kerajaan telah meraih keuntungan sebanyak angka yang disebut itu.

“Adakah Kerajaan PH telah mengambil hasil minyak sebanyak RM1.2 bilion dalam dua bulan ini secara diam-diam daripada kantung rakyat? Bagaimanakan wang itu digunakan,” soal Chin Kok dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, berdasarkan penggunaan petrol Malaysia pada tahun 2017, secara purata negara menggunakan 803,000 tong atau 127,677,000 liter petrol sehari ( satu tong bersamaan dengan 159 liter).

Dalam kenyataan itu, Chin Kok juga menggariskan kaedah pengiraan yang dibuat.

Perbezaan harga minyak pada bulan November dan Disember 2018

 2018

Harga minyak mentah antarabangsa (AS$/barrel)

Harga sebenar RON95

(RM/litre)

Harga RON 95 yang ditetapkan oleh kerajaan (RM/litre)

Margin keuntungan kerajaan (RM/litre)

Keuntungan yang diraih kerajaan setiap minggu (RM)

8 to 14 November

65.47

2.18

2.20

2 sen

17,874,780

15 to 21 November

63.48

2.14

2.20

6 sen

53,624,340

22 to 28 November

59.09

1.90

2.20

30 sen

268,121,700

29 November to 5 December

61.56

1.95

2.20

25 sen

223,434,750

6 to 12 December

60.15

1.95

2.20

25 sen

223,434,750

13 to 19 December

61.45

1.95

2.20

25 sen

223,434,750

20 to 24 December

50.47

1.90

2.20

30 sen

191,515,500

1,201,440,570

Keuntungan di atas dikira dengan mendarab margin keuntungan dengan 127,677,000 liter dan 7 hari.

Sebagai contoh, dari 8 hingga 14 November, apabila margin keuntungan adalah 2 sen seliter, pengiraan adalah:
RM0.02 X 127,677,000 X 7 hari = RM17,874,780.00

Dan dari 20 hingga 24 Disember, hanya terdapat 5 hari, apabila kerajaan meraih 30 sen bagi setiap liter, pengiraannya adalah:
RM0.30 X 127,677,000 X 5 hari = RM191,515,500.00

“Walaupun harga minyak mentah antarabangsa berada di aliran menurun sejak November, kerajaan telah mengekalkan sikap ‘tidak ada komen, tidak ada tindak balas dan tidak ada penyelarasan’, terutama Menteri Kewangan yang lebih obses menyerang MCA dan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman dan bukannya menangani isu ekonomi tempatan dan antarabangsa yang lebih penting,” katanya. – MalaysiaGazette

One thought on “Kerajaan Diam-Diam Ambil RM1.2 Bilion Dari Kantung Rakyat?

  • December 28, 2018 at 11:37 am
    Permalink

    Biarlah apa hal?? Nk tampung tabung kerajaan..!! Ok nanti tau lah turunkan harga
    Minyak..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.