Harga Petrol RON95 dan RON97 Turun, Diesel Naik

KUALA LUMPUR – Harga mingguan bagi minyak petrol RON95 dan RON97 turun satu sen berbanding minggu lalu.

Bagaimanapun kadar minyak diesel naik tiga sen berbanding minggu lalu.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan harga RON95 dan RON97 masing-masing ditetapkan RM2.26 seliter dan RM2.52 seliter.

Sementara bagi harga diesel pula ditetapkan RM2.26 seliter, peningkatan tiga sen berbanding RM2.23 seliter pada minggu lalu.

Harga baharu ini berkuatkuasa 28 Disember 2017 hingga 3 Januari tahun depan. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.