Fakta Dasyat Disebalik Bekerja Di ‘Rumah Hantu’, 3 Orang ini Sudah Merasakan Akibatnya!

Anda berani masuk ke dalam rumah berhantu?

Sesetengah orang berani masuk ke dalam rumah hantu ini dan  biasanya di taman hiburan atau pasar malam.

Pemandangan menyeramkan dalam rumah hantu sering membuat kita tak berani melihat hantu jadi-jadian tersebut dan mengabaikannya.

Ya, rumah hantu  juga wujud di berbagai negara dan ternyata terdapat  fakta-fakta yang dahsyat di sebalik keganasannya, termasuk kematian pemain yang tidak sengaja.

1. Brian Jewell

Tarikh 20 Oktober 1990, Brian Jewell (17) secara tidak sengaja menggantung dirinya sendiri ketika bekerja sebagai hantu di rumah hantu Lakewood.

Pengunjung melihat tubuhnya tergantung, namun mereka berlari kerana ketakutan.

Jewell biasanya mengeluarkan suara untuk menakuti pengunjung, kali ini dia diam.

Barulah diketahui dia telah mati ketika pemandu traktor melihat keadaan Jewell berbeza daripada biasa.

2. Caleb Rebh

Satu dekad lalu di tahun 2001, Caleb Rebh (14) secara tidak sengaja terjerat talinya sendiri ketika bekerja di sebuah rumah hantu Michigan.

Pengunjung dan pelakon hantu lain melihat masa Rebh meronta-ronta kerana tali yang mengikat lehernya.

Tetapi mereka fikir ia adalah sebahagian daripada usahanya untuk menakutkan pengunjung, sudah tentu tiada siapa yang membantunya.

Selang beberapa saat pelakon hantu lain baru sedar dan cuba membantunya namun sudah terlambat.

3. Jessica Rue

Jessica Rue berusia 17 tahun juga hampir kehilangan nyawanya secara tidak sengaja menggantung dirinya sendiri dalam aksi yang dia lakukan.

Rue bekerja di rumah hantu Creepyworld di Fenton, Missouri.

Rue ditugaskan menakuti pengunjung disebuah ruangan dengan bathup dan tali yang tergantung diatasnya.

Entah bagaimana, Rue terjatuh ke dalam tali dan mencekik lehernya, tidak ada yang mengetahui tentang kronologi kejadian itu.

Rue koma selama tiga hari tetapi berjaya sedar kembali .

Jadi jika ada pelakon hantu yang mati di rumah hantu, kecil kemungkinan akan ada orang yang menyedarinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.