Apa Nasib PPBM? Terkuburkah Ia?

Sudah lebih sebulan sejak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) memberi amaran kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM).

Jika tidak PPBM akan berdepan dengan kemungkinan dibatalkan penyertaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), jika masih gagal mengadakan AGM dalam tempoh ditetapkan.

Namun sehingga kini masih belum dengar sebarang berita terbaru mengenai mesyuarat AGM berkenaan. Adakah PPBM redha jika ia dibatalkan pendaftaran?.

Jika kemungkinan itu terjadi, apa yang akan berlaku kepada pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad?

Boleh dikatakan PPBM kini bergolak meskipun baru setahun lebih ia ditubuhkan. Pengasas parti berkenaan seperti Naib Presidennya Datuk Hamidah Osman, bekas Setiausaha Kerja, Kamarul Azman Habibur Rahman dan bekas ketua Srikandi Anina Saadudin telah mengambil keputusan untuk keluar dari parti itu.

Mereka mengambil keputusan itu kerana kecewa dengan kepimpinan parti yang dikatakan lebih mementingkan kroni.

Bukan itu sahaja, ahli-ahli PPBM tutur mengambil keputusan untuk keluar beramai-ramai daripada parti berkenaan.

Malahan ada ahli parti itu yang mempertikaikan kekayaan anak-anak Mahathir dan telah mengemukakan persoalan kepada bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu untuk menjawabnya.

Ia hingga ke tahap di mana seorang Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kekayaan luar biasa anak Mahathir.

Exco berkenaan, Abd Wahazir Abd Wahabi, berkata pihaknya mahu SPRM menyiasat kekayaan itu serta pemilikan syarikat oleh empat anak Dr Mahathir iaitu Tan Sri Mokhzani, Mirzan, Datuk Seri Mukhriz dan Datin Paduka Marina yang didakwa keseluruhannya berjumlah 488 syarikat.

ARMAD bagaimanapun didapati oleh ROS tidak ada dalam perlembagaan parti itu.

Adakah masalah-masalah berbangkit ini akan menyebabkan PPBM terbubar dengan sendirinya?

Jangan disalahkan kerajaan kononnya menyukarkan urusan PPBM sedang parti itu sendiri yang tidak mampu menyelesaikan masalahnya.

Bayangkan penubuhannya PPBM adalah dengan matlamat untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Akhirnya parti itu sendiri dilanda kemelut dalaman, hasil ciptaan sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.