8 Fakta Mengejutkan Tentang Guatemala, Negara Miskin Yang Memilih Jadi ‘Sahabat Sejati’ Israel

Nama Guatemala menjadi perhatian dunia ketika negara-negara anggota PBB mengundi di Baitulmaqdis, beberapa hari lalu.

Guatemala, menjadi salah satu daripada beberapa negara yang meluluskan tuntutan Amerika Syarikat, mengenai Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Guatemala juga mengesahkan keputusan itu, selepas Presiden mereka, Jimmy Morales mengeluarkan perintah untuk memindahkan kedutaan negaranya di Israel, dari Tel Aviv ke Yerusalem.

Morales juga mengakui bahawa Israel adalah sahabat sejati negara mereka, dan berharap kerja sama dapat diteruskan.

Keputusan Guatemala menyokong suara Trump, memang sangat wajar.

Selama ini, Amerika Syarikat adalah penderma terpenting bagi bantuan ke Guatemala, sebuah negara miskin di Amerika Tengah.

Dipetik dari listverse.com, terdapat 8 fakta mengenai Guatemala yang mungkin anda tidak tahu:

1.Kartel Dadah Berkuasa

Negara ini boleh dikatakan sebagai syurga dadah kartel.

Pihak berkuasa Guatemala sebenarnya telah melancarkan beberapa kumpulan geng dadah besar, tetapi kartel besar lain masih beroperasi.

 

Polisi menyita narkoba temuan.

Masih ada gang dadah keji seperti MS-13 atau Sinaloa asal Mexico.

Penjual kokain dan ganja masih berkeliaran di jalanan.

2.Rasuah yang tinggi

Sebagai sebuah negara miskin, kadar rasuah di Guatemala sangat tinggi.

Bekas Presiden Guatemala, Otto Perez Molina terlibat dalam skandal rasuah dan merasuah.

Dia juga dituduh tak takut membunuh lawan politik, bahkan pendeta-pendeta gereja.

3. Pembunuhan

Kes pembunuhan beramai-ramai berlaku di Guatemala.

Antara 1981 dan 1983, seramai 200,000 ahli Maya asli diburu, kerana mereka dilabelkan sebagai penjenayah dan dianggap komunis.

Sebuah pasukan pemburu berkeliaran memburu mereka, dan membunuh sesuka hati.

Tentera-tentera ini disyaki mendapatkan bekalan senjata dari kerajaan Amerika Syarikat.

4. Penyeksaan Amerika

Amerika pernah mengancam Guatemala di tahun 1980-an dengan alasan melawan faham komunis.

Amerika menghantar beberapa orang yang mahu merampas kerajaan rasmi.

Negara ini akhirnya huru-hara, dan berlakunya perang saudara.

5. Negara Tua

Negara Guatemala benar-benar sebuah negara tua.

Daerah yang bernama Guatemala ini telah dihuni sejak 20,000 tahun yang lampau.

Bilangan artifak dan peninggalan puak Maya prasejarah jadi bukti.

Mereka sudah mengenal kalendar dan waktu jauh di masa prasejarah.

Malangnya, negara yang begitu besar sekarang semakin mundur.

Suku Maya di masa pra sejarah.

Selepas pelayar Sepanyol tiba, negara sentiasa berperang antara satu sama lain.

Orang Sepanyol menganggap Maya asli sebagai hamba.

Ini masih berlaku.

Keturunan Sepanyol berada dalam kehidupan kasta tinggi, sementara puak-puak primitif berada di kasta rendah.

6. Perang Saudara

Guatemala adalah nama lain untuk perang saudara. Konflik seolah-olah tidak berkesudahan.

Sekitar 200,000 orang Guatemala dikatakan telah terbunuh, sejak perang saudara meletus dari tahun 1960 hingga 1996.

Isu terbesar perang saudara adalah perang antara pro dan anti fahaman komunis.

7. Lubang Gergasi

Salah satu fenomena semulajadi yang berlaku ialah kemunculan bencana lubang gergasi di pusat bandaraya Guatemala.

Perkara ini berlaku pada 30 Mei 2010. Lubang ini adalah diameter 18 meter.

Lubang raksasa di Guatemala

Dalamnya, kira-kira sama dengan bangunan 30 tingkat.

Sebuah bangunan 3 tingkat dan sebuah rumah lenyap ditelan lubang ini. dan seorang dikatakan mati.

8. Negara Paling Menakutkan di Benua Amerika

Kecurian kereta, perogol di siang hari, rompakan bersenjata api, atau polis palsu yang tiba-tiba menjual dadah.

Sebut sahaja, semua kejahatan berada di tengah-tengah golongan Guatemala.

Anggota Geng di Guatemala.

Negara ini memang dikenal sebagai salah satu negara paling menakutkan di dunia.

Sebanyak 5.000 orang mati akibat keganasan setiap tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open

Close