Neelofa Bertemu Moore, Carey.

KUALA LUMPUR – Hampir sebulan di kota kosmopolitan New York, Amerika Syarikat (AS), pelakon dan pengacara popular, Neelofa mengalami detik menarik dan mengejutkan.

 

Terbaharu, Neelofa yang sedang mengikuti kursus pendek penjenamaan dan pemasaran di kota raya itu terserempak pelakon Hollywood, Julianne Moore, ketika sedang menikmati makan malam di sebuah restoran Itali.

 

Gambar itu dimuatnaik Neelofa dalam laman Instagram, hari ini. Pengacara Meletop itu turut menceritakan pengalaman manis bertentang mata dengan Moore.

 

“Memang tak sangka dapat makan di sebelah meja Moore. Memang hari ini, Lofa merancang makan malam dengan kawan di restoran terbabit.

 

“Kebetulan ada teman Lofa mengesyorkan mencuba menu di restoran itu. Selepas membuat tempahan pada sebelah pagi, Lofa dan rakan sampai di restoran itu kira-kira jam 7 malam waktu tempatan,” katanya lapor Berita Harian.

 

Sebelum ini, Neelofa bertemu dengan Mariah Carey dan turut serta melihat persembahan diva tersebut.

 

“Ia malam yang menyeronokkan. Suara Carey memang jelas didengari,” katanya.

 

Neelofa turut mengakui ramai selebriti Hollywood boleh ditemui di kota raya itu sepanjang sambutan Krismas dan tahun baharu.

 

“Memang selebriti Hollywood boleh ditemui dengan mudah di pusat beli-belah. Cuma kadang-kadang kita sendiri tak perasan atau kenal selebriti terbabit kerana mereka bergaya santai,”akhirinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.