Jangan Percaya Dakyah ‘Ustaz Youtube’ – Ayob Khan

SHAH ALAM – Orang ramai diminta untuk tidak mempercayai dengan dakyah yang disampaikan oleh ‘Ustaz Youtube’ yang menjadi fenomena, bagi mengelakkan penularan fahaman ekstrimis.

 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antikeganasan, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata penceramah bebas yang tidak bertauliah ini boleh menyebabkan pengetahuan yang dikemukakan tidak selari pemikiran ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah.

 

Menurutnya, ketaksuban terhadap golongan penceramah ini akan mendorong sesetengah individu mengambil jalan pantas untuk ke syurga dengan menyertai kumpulan militan atau ekstrimis.

 

“Saya mohon kepada orang ramai untuk tidak terlalu taksub dengan penceramah tidak bertauliah yang ‘menghalalkan cara’ untuk melakukan keganasan. Penceramah sebegini sering dilihat melalui laman sosial Youtube.

 

“Fahaman yang dibawa melalui penceramah bebas perlu dibanteras kerana mereka berhujah akan keperluan menyertai jihad bersama IS melalui manipulasi terhadap al-Quran dan Hadis. Fahaman yang disampaikan itu bercanggah dan mempunyai doktrin militan,” katanya lapor Berita Harian.

 

Ayob berkata, rata-rata kumpulan militan IS berjaya merekrut ahli baharu dan memperoleh sumber kewangan juga melalui penggunaan media sosial apabila ada pengguna yang bersimpati dengan perjuangan mereka.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.