Bekas Pengacara TV3, Aziz Desa Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Bekas pengacara dan personaliti televisyen terkenal, Aziz Desa, 50, meninggal dunia pada jam 10.50 pagi tadi di kediaman keluarganya di Langkawi, Kedah.

 

Berita tersebut disahkan oleh adiknya, Azri Desa, melalui satu status di Facebook.

 

Allahyarham yang nama sebenarnya Abdul Azid popular sewaktu pengacara beberapa rancangan bual bicara antaranya sewaktu mengendalikan program pagi Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3, disahkan menghidap masalah buah pinggang dan kencing manis Januari lalu. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.