Warga Emas Mengamuk Bantah Keputusan Mahkamah Langgar Pejalan Kaki, 8 Cedera

Beijing – Lapan cedera, apabila seorang warga emas melanggar sekumpulan pejalan kaki di luar sebuah stadium, pada pagi Jumaat, sebagai membantah keputusan mahkamah, baru-baru ini.

Polis Beijing dalam satu kenyataan memaklumkan, lelaki bernama Jin itu mengamuk, kerana kalah dalam satu tuntutan hartanah di mahkamah, baru-baru ini.

The Beijing Times melaporkan, ketika kejadian, lelaki itu memandu kereta yang dicat perkataan “ketidakadilan”, manakala kepalanya dibalut sekeping kain yang tertera perkataan sama.

Lelaki itu hanya memberhentikan keretanya, selepas ia melanggar beberapa kenderaan lain di pintu selatan Stadium Pekerja di Beijing.

Insiden melanggar pelajar dan pejalan kaki kerap berlaku di China, sebagai satu cara untuk orang ramai meluahkan kemarahan dan kekecewaan terhadap tuntutan mahkamah, penghinaan dan ketidakadilan yang berlaku ke atas mereka. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.