VIDEO: Orang Ramai Berebut Kutip RM15 Juta ‘Duit Jatuh Dari Langit’

Di Hong Kong, orang ramai berebut-rebut untuk mengutip sejumlah 35 juta dolar Hong Kong ataupun RM15 juta yang berterabur di sebuah lebuhraya petang tadi.

Media di Hong Kong menganggapnya sebagai rahmat pada hari Krismas melaporkan duit itu terjatuh dari sebuah van keselamatan yang membawa wang.

Sebuah video di Youtube menunjukkan beberapa orang sibuk mengutip duit 500 dolar Hong Kong.

Saksi kejadian melaporkan 20-30 orang telibat dalam mengutip wang yang terjatuh itu.

Sebuah teksi turut berhenti di tengah jalan untuk mengutip wang yang jatuh.

Polis tiba di kawasan kejadian sekitar 2 petang waktu Hong Kong untuk mengawal keadaan.

 

 

Sumber: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.