Ukraine Dan Puak Pemisah Pro-Rusia Bertukat tahanan Dan Banduan

Donetsk – Kerajaan Ukraine dan puak pemisah pro-Russia hari ini bertukar tahanan dan banduan perang yang membabitkan hampir 370 orang hari ini, langkah yang dianggap penting ke arah mengurangkan pertelingkahan di timur Ukraine.

Ukraine menyerahkan kira-kira 222 tahanan manakala kumpulan pemisah membebaskan 145 orang, demikian menurut agensi berita Russia, RIA Novosti.

Ia adalah pertukaran tahanan paling terbesar dalam satu masa sejak puak pemisah pro-Russia menguasai timur Ukraine pada April lalu.

Agensi berita Interfax pula memetik Svyatoslav Tsegolko, seorang jurucakap kepada Presiden Ukraine, Petro Poroshenko, bahawa 146 tahanan Ukraine itu dibebaskan hari ini manakala empat lagi esok.

Sementara itu, dalam kenyataan rasmi kerajaan Ukraine menyebut 150 tahanan Ukraine sedang bersiap sedia untuk dibebaskan.

Ratusan yang lain sudah dibebaskan sejak beberapa bulan lalu.

Angka yang dikeluarkan semalam berbeza dan bas yang membawa tahanan berkenaan tiba di kawasan utara Donetsk, iaitu kubu kuat puak pemisah.

 

-Rakyatnews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.