Tinggal Sehelai Sepinggang, Rumah Hangus Dijilat Api

Sandakan – Disaat negeri lain menghadapi bencana banjir di beberapa tempat, lain pula musibah yang melanda di Sandakan.

Lebih 50 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka hangus dalam kebakaran di Jalan Jaya Chip, Kampung Gas di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada 6.30 pagi itu, sebanyak 12 rumah musnah selepas satu daripada rumah di kampung berkenaan tiba-tiba terbakar sebelum merebak ke rumah bersebelahan.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Afendi K Ramin, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.49 pagi dan tiba di lokasi kejadian 18 minit kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian sebanyak 12 rumah musnah terbakar dan anggota bomba bertungkus lumus memadam api daripada merebak.

Api berjaya dikawal pada 8.36 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan, Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan JBPM Sabah” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.