Tidak Tahan Sering DImarahi Isteri, Peniaga Gantung Diri Guna Kabel Elektrik

Jakarta – Seorang lelaki bertindak menggantung diri selepas bergaduh dengan isterinya.

Peniaga, Arfandu dilapor mengakhiri hidupnya demikian di tingkat dua rumahnya di Kampung Ciputrat, Kota Tangerang Selatan di wilayah Banten, Jakarta kerana tidak tahan sering dimarahi isterinya.

Media tempatan memetik jiran pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lalu sebagai berkata, si isteri setiap hari mengamuk kerana wang yang diberi suaminya didakwa tidak cukup untuk belanja seharian.

Mayat Arfandu ditemui keluarganya yang pulang dari masjid semalam.

Menurut polis di Jakarta, Arfandu menggunakan kabel elektrik untuk menggantung diri. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.