Tanah Runtuh : 9 Maut, 3,000 Rumah Musnah Akibat Hujan Lebat

Colombo  – Sekurang-kurangnya sembilan maut dalam insiden tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat di Sri Lanka, pada Jumaat.

Jurucakap Pusat Pengurusan Bencana Negara, Pradeep Kodippili berkata, sembilan orang terkorban dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di daerah Badulla, hari ini.

Lebih 60,000 penduduk terpaksa dipindahkan, manakala 3,000 rumah musnah dalam bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda sebahagian besar pulau di Lautan Hindi itu, sejak empat hari lalu.

Sehingga kini, cuaca buruk telah menjejaskan lebih 500,000 orang di seluruh negara itu.

Penduduk di kawasan pantai dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga, selepas Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan lebat dan petir akan berterusan di kebanyakan kawasan di Sri Lanka.

Oktober lalu, berpuluh-puluh mangsa terkorban, apabila kediaman pekerja ladang teh yang terletak di kawasan pergunungan, di tengah Sri Lanka, ditimbus tanah runtuh. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!