SKMM Nasihatkan Mangsa Banjir Jimatkan Kuasa Bateri Telefon Bimbit Untuk Kecemasan

Kuala Lumpur – Orang ramai yang terlibat dengan bencana banjir diingatkan untuk mengurangkan penggunaan telefon selular bagi menjimatkan kuasa bateri sebagai persediaan masa kecemasan.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Shahril Tarmizi, pihaknya bersama dengan syarikat telekomunikasi yang lain sedang menjalankan usaha giat untuk membakik pulih rangkaian talian telefon di kawasan yang terjejas.

“Orang ramai diminta untuk mengurangkan penggunaan telefon selular di kawasan banjir bagi menjimatkan bateri supaya telefon mereka dapat bertahan lebih lama. Jika berlaku kecemasan, ianya boleh digunakan untuk meminta bantuan.

“Mereka juga perlu mengelakkan daripada menggunakan data seperti menghantar Whatsapp bergambar atau video dan MMS. Ini kerana beberapa rangkaian telah pun terganggu kerana menara-menara telekomunikasi di kawsan terlibat banjir telah ditenggelami air  dan bekalan elektrik telah terputus,” katanya di dalam satu kenyataan lewat hari ini.

Dalam masa yang sama, SKMM juga menggalakkan orang ramai yang menjadi mangsa banjir untuk menggunakan radio bagi mengikuti perkembangan terkini banjir.

Selain daripada itu, SKMM juga  menggunakan ‘generator set (genset)’ serta kenderaan ‘cellular on wheel (COW)’ di kawasan yang tidak ditenggalami air sebagai usaha  memastikan rangkaian telefon tidak terganggu. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.