Sekiranya Kerajaan Umum Darurat, Syarikat Insuran Tidak Akan Bayar Pampasan

Kota Bharu – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan tiada keperluan pada masa ini untuk kerajaan mengumumkan darurat akibat banjir yang melanda Kelantan, Terengganu, Pahang dan negeri lain.

Katanya jika sekiranya kerajaan mengumumkan darurat, sudah pasti pihak insuran tidak akan membayar pampasan insuran.

Menurut, Najib sekiranya darurat diumumkan ianya termasuk dalam kategori ‘force majeure’ dan sekiranya ini berlaku syarikat insuran tidak perlu menjelaskan insuran dan kedua-duanya akan bergerak seolah-olah dalam situasi sekarang kerana semua agensi kerajaan telah diarahkan untuk menambah sebanyak mungkin bantuan.

Beliau berucap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Kelantan untuk meninjau keadaan banjir di negeri itu, hari ini.

Selain itu, bagi meringankan lagi beban mereka yang terjejas, Najib turut meminta institusi kewangan dan agensi yang menguruskan dana pinjaman menjadualkan semula tempoh pembayaran peminjam.

Najib juga menjelaskan, berhubung kerosakan melibatkan infrastruktur, termasuk jalan, bangunan sekolah, hospital dan sebagainya akan di nilai kemudian dan menggunakan peruntukan lain.

Pada masa ini, katanya banjir di Kelantan disifatkan sebagai serius dan di luar dugaan kerana kebanyakan tempat yang sebelum ini tidak pernah dinaiki air turut dilanda banjir.

Pada masa ini tumpuan diberikan kepada penyelamatan dan bantuan makanan termasuk menyediakan bekalan air bersih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.