Rumah Kedai sarang Pelacuran Diserbu Polis, 16 Warga Indonesia Ditahan

Kuala Lumpur – Aktiviti pelacuran yang berselindung di sebalik premis rumah kedai di Jalan Thambipillai terbongkar, apabila diserbu polis lewat malam tadi.

Dalam operasi kira-kira jam 11 malam itu, empat rumah kedai tidak berlesen yang dijadikan pusat pelacuran itu diserbu.

Ketua Operasi Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Inspektor Mohamad Mohd Jais berkata, seramai 31 wanita yang dipercayai pelayan pelanggan (GRO) ditahan, iaitu 16 warga Indonesia, tujuh warga India dan lapan wanita tempatan.

Menurutnya, kesemua GRO yang ditahan itu berusia 23 hingga 53 tahun.

“Polis turut menahan seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai penjaga premis.

“Dalam serbuan itu, polis merampas pelbagai jenis kondom dan wang tunai RM3,000,” katanya.

Jelasnya, siasatan awal mendapati, bayaran perkhidmatan seks yang ditawarkan antara RM30 hingga RM50.

Ujarnya lagi, polis akan mencadangkan Tenaga Nasional Berhad dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) untuk memotong bekalan elektrik dan air, bagi menyekat aktiviti pelacuran di premis itu.

Semua suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Brickfields untuk siasatan. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.