Remaja Perempuan Jatuh Dalam Sungai, Air Terlalu Deras Sukarkan Misi Pencarian

Cameron Highlands – Seorang remaja perempuan hilang ekoran jatuh ke dalam sungai di Kampung Cheroh, Pos Lemoi lewat petang semalam.

Menurut maklumat pasukan Bomba dan Penyelamat, mereka menerima maklumat remaja berkenaan, Rahimah a/p Wahid, 11 pada jam 3.26 petang tadi.

Operasi yang bermula sejurus menerima aduan terpaksa dihentikan jam 7 malam tadi ekoran keadaan air sungai yang terlalu deras sehingga mengganggu operasi mencari.

Seramai enam orang anggota bomba dikerah untuk menjalankan operasi carian tersebut dengan kerjasama daripada pihak polis, RELA, dan beberapa yang lain.

Anggota melakukan carian permukaan (surface searching) di sekitar satu kilometer dari tempat mangsa jatuh di bahagian laluan sungai dan carian akan diteruskan seawal jam 9 pagi esok. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.