PJj Sahkan Konsert Ambang 2015 Putrajaya Dibatalkan

Putrajaya – Perbadanan Putrajaya (PJj) telah mengesahkan bahawa Konsert Ambang 2015 Putrajaya yang sepatutnya berlangsung di Dataran Putrajaya, Persint 3 pada 31 December ini telah dibatalkan bagi menghormati mangsa banjir.

Menerusi Facebook PJj, pihak mereka memaklumkan,

“Setelah perbincangan diadakan di antara Perbadanan Putrajaya dan Ambank Group, dengan ini dimaklumkan bahawa program Sambutan Ambang Tahun Baru Putrajaya 2015 sah dibatalkan.”

Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim berkata, “Kami berdoa agar mangsa-mangsa banjir dapat melalui tempoh yang sukar ini dengan tabah.”

Dalam pada itu, PJj turut memaklumkan menerusi Facebook mereka bahawa bukan kali pertama Kumpulan AmBank membatalkan sambutan tahunan tersebut.

Pada tahun 2004, pihak mereka telah memutuskan untuk membatalkan sambutan tahunan bagi menghormati mangsa bencana tsunami yang berlaku di kawasan pantai barat semenanjung Malaysia. Mereka juga membatalkan program yang sama berikutan sambutan Hari Raya Haji pada 2006.

Dalam pada itu, pihak AmBank sedang berusaha untuk membantu mangsa banjir yang memerlukan bantuan dengan kerjasama Kelab AmBank Group. -mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.