Mesej Wanita Bertudung Diculik, Dilapah Warga Myanmar Adalah Palsu

Kuala Lumpur – Mesej yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp mengenai sekumpulan wanita bertudung diculik warga Myanmar dan dilapah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang adalah palsu.

Penolong Ketua Urus Setia Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datin Asmawati Ahmad berkata, mesej itu menasihatkan orang ramai supaya berwaspada, kononnya terdapat aktiviti menculik yang dilakukan warga Myanmar di kawasan terbabit.

Menurutnya, dakwaan kononnya wanita yang diculik akan dilapah itu adalah tidak benar.

“Mesej tersebut adalah palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab bagi menakutkan orang ramai.

“Orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya dengan maklumat tidak berasas ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan, amalan menyebarkan maklumat palsu ini boleh menimbulkan ketidaktenteraman di kalangan masyarakat. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.