KPM Salur Dana Sebanyak RM3.5 Juta Kepada HUSM Kubang Kerian

Kuala Lumpu – Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian akan menerima dana tambahan sebanyak RM3.5 juta daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Dana tambahan itu disalurkan KPM bagi menampung keperluan banjir di Kota Bharu.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, peruntukan tambahan itu diberikan untuk membeli ubatan dan keperluan lain bagi membantu mangsa banjir serta pesakit luar yang memerlukan rawatan.

“Pihak KPM mempunyai tanggungjawab sosial selain tugas mendidik bakal doktor dan doktor pakar menerusi HUSM,” katanya di laman Twitternya, hari ini.

Kementerian pada awal bulan ini menyalurkan dana RM1.5 juta kepada hospital berkenaan.

“Moga dana tambahan termasuk RM1.5 juta yang disalurkan awal Disember ini dapat membantu usaha-usaha mulia doktor, jururawat dan warga hospital,” tambahnya. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.