Kontena Tokong Cina Terjunam Sedalam 18 Meter

Petaling Jaya – Sebuah kontena milik tokong Cina di Jalan Harapan SS2 di sini, terjunam sedalam 18 meter ke kawasan pembinaan akibat berlaku pergerakan tanah petang tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian 4 petang itu tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Pengerusi Tokong Towbookeong, Tan Kam Pie berkata, kejadian berlaku selepas hujan lebat turun lebih satu jam petang tadi.

“Saya mendengar bunyi kuat seperti gempa bumi ketika kejadian itu berlaku. Mujur ia berlaku pada waktu siang jika tidak, kabin ini diduduki lima keluarga saya sebagai asrama sementara pada waktu malam,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, polis sudah mengarahkan supaya tokong berkenaan dikosongkan segera bagi mengelak kejadian sama berulang dalam tempoh terdekat ini. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.