Ketua Sindiket Pengedaran Dadah, Wanita Tempatan

Kuala Lumpur – Seorang wanita yang dipercayai ketua sindiket pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang dan Indonesia, ditahan ketika kediamannya di Nilai, Negeri Sembilan, diserbu polis.

Suspek yang berusia 30 tahun itu ditahan bersama tiga rakannya, iaitu dua lelaki dan seorang wanita tempatan, pada Selasa lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Haris Wong Abdullah berkata, siasatan polis mendapati, suspek memperolehi bekalan dadah melalui sindiket dadah warga Nigeria di sekitar Lembah Klang.

Menurutnya, polis merampas harta milik suspek yang disyaki diperolehi daripada kegiatan pengedaran dadah, iaitu wang tunai, barang kemas dan pelbagai kenderaan mewah serta menyita kediamannya di Mont Kiara yang dianggarkan bernilai RM2.7 juta.

“Kami percaya suspek terlibat dengan beberapa tangkapan sindiket dadah pada 2013, iaitu melibatkan 13 warga Nigeria, tiga warga Afrika, dua warga Thailand, seorang warga India dan seorang warga Pakistan.

“Dalam serbuan itu, polis merampas 1.5 kilogram syabu, 15 kilogram heroin dan dua pucuk pistol, dengan anggaran nilai rampasan RM1 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.