Harimau Zoo Taiping Ditemui Semula

Taiping – Seekor harimau jantan yang terlepas daripada Zoo Taiping and Night Safari di Taiping, tengah hari tadi, dijumpai di hutan berhampiran sebelum ditangkap semula pada jam 3 petang Khamis.

Pengarah zoo, Dr Kevin Lazarus berkata, Harimau Malaya itu terlepas dari kurungan, ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan pekerja baru.

“Kejadian itu berlaku, ketika harimau tersebut berada di kurungannya di bahagian belakang, bukan berlaku di bahagian kurungan untuk pameran awam. Ia terhentak pintu kurungan itu dan pintu tersebut terbuka secara tiba-tiba,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Harimau berkenaan kemudiannya ditembak ubat pelali, namun ia melarikan diri ke hutan berhampiran kurungan itu, dengan melompat tembok zoo setinggi 1.8 meter.

Seramai 30 orang, termasuk kakitangan zoo, anggota Bomba dan polis terlibat dalam usaha mencari harimau yang berusia hampir 16 tahun, dengan berat kira-kira 300 kilogram dan dua meter panjang itu. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.