Azmin Ziarah Nik Aziz Di HUSM Hari Ini

Kota Bharu – Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menziarahi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), di sini, hari ini.

Mohamed Azmin meluangkan masa kira-kira 20 minit bersama Nik Aziz yang menghidap penyakit jantung.

Beliau kemudian meneruskan lawatan ke atas mangsa banjir menaiki helikopter di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini.

Lawatan itu turut disertai Naib Presiden PAS merangkap Adun Salor, Datuk Husam Musa.

Azmin berada di Kelantan bagi meninjau keadaan banjir di negeri itu, selain menyampaikan sumbangan RM1juta, sejak semalam dan bakal pulang ke Selangor, petang ini.

Beliau turut disertai Setiausaha Politiknya, Shuhaimi Shafiei; Setiausaha Sulitnya,  Muhammad Hilman Idham dan Exco Kerajaan Negeri, Dr Daroyah Alwi serta Amirudin Shari juga Pengerusi Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS),  Hamsah Djabir. – Selangorkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.