Siapa Untung Bila Kuil Diserang? – Penganalisis Politik

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Penganalisis politik, Ab Jalil Backer membangkitkan isu siapa yang mendapat untung akibat dari insiden rusuhan di Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya.

Kata Ab Jalil dalam tulisan di Facebooknya, terdapat satu kumpulan samseng berbangsa Melayu telah diupah untuk membuat kekacauan di atas kuil berkenaan.

Akibat dari kekacauan tersebut, seorang EXCO Kerajaan Negeri Selangor telah membuat kenyataan insiden tersebut adalah berpunca dari ketegangan agama Hindu dan Islam.

“Satu kumpulan samseng berbangsa Melayu telah diupah melakukan kekacauan ke atas sebuah kuil di USJ. Tujuannya jelas untuk mewujudkan sentimen perkauman dan ketegangan agama.

“Kemudian dengan pantas EXCO Kerajaan Negeri Selangor beragama Hindu membuat kenyataan seolah-olah ia ketegangan antara agama Hindu dan Islam,” tulis Ab Jalil.

Tambahnya, kerana kenyataan EXCO tersebut telah menyebabkan ribuan samseng berbangsa India pula berkumpul di lokasi kejadian dengan memberi amaran agar masalah tersebut ditangani dengan kadar segera.

Penganalisis politik ini juga berkata, kenyataan yang dibuat hanyalah bertujuan untuk mencetuskan kemarahan orang Islam memandangkan himpunan besar-besaran akan diadakan pada 8 Disember ini bagi membantah cadangan ratifikasi ICERD oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Kenyataan seperti itu disebarkan dengan tujuan apa? Untuk membangkitkan kemarahan orang Islam sahaja. Semua ini berlaku ketika orang Melayu dan Islam akan berkumpul pada 8 Disember nanti bagi menzahirkan bantahan kepada kerajaan mengenai cadangan meratifikasi ICERD,” tulisnya lagi.

Insiden rusuhan itu kata Ab Jalil seperti alasan untuk menghalang perhimpunan tersebut diadakan dan tindakan terakhir yang akan diberikan adalah menangguhkan perhimpunan itu atau dibatalkan sahaja bagi mengelakkan ketegangan kaum berlaku.

“Jika keadaan berlarutan, kerajaan akan menggunakan situasi di kuil sebagai alasan untuk menghalang perhimpunan 8 Disember nanti. Orang Melayu akan dinasihatkan menangguhkan bagi mengelak ketegangan kaum.

“Pada fikiran anda siapakah dalang yang mencetuskan kejadian di kuil tersebut? Siapa yang untung dari kekakacuan ini?,” katanya. – Suara.TV

One thought on “Siapa Untung Bila Kuil Diserang? – Penganalisis Politik

  • November 27, 2018 at 2:35 pm
    Permalink

    Sapa dapt faedah?? Sapa untung?? Korang memang bodoh kayu?? Fikir lah lainkali laknat?? Buta kayu?? Sampai bomba cedera diserang?? Sakithati bila suka2 ambil tindakan sendiri?? Zalim kejam bahlul???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.