Rusuhan Kuil: 16 Perusuh Termasuk Tiga Pekerja One City Ditahan Reman

PETALING JAYA – Seramai 16 individu termasuk tiga pekerja syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd (One City) yang ditahan untuk membantu siasatan berhubung insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, semalam, direman antara dua hingga lima hari.

Majistret Nor Ariffin Hisham mengeluarkan perintah reman bermula hari ini sehingga Sabtu ini bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap semua suspek.

Siasatan terhadap mereka dilakukan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan (KK), iaitu melakukan khianat dengan api, Seksyen 148 KK (merusuh), Seksyen 427 KK (melakukan khianat) dan Seksyen 447 (pencerobohan jenayah).

Semua suspek berusia 18 tahun hingga 49 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret dan mereka yang memakai baju lokap berwarna ungu dan jingga itu diiringi anggota polis.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah selepas tamat prosiding reman, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili tiga daripada suspek yang juga pekerja syarikat pemaju itu berkata anak guam mereka direman antara dua hingga empat hari bagi membantu siasatan.

Mohamed Haniff berkata, ketiga-tiga lelaki itu memberikan kerjasama yang baik sejak September lalu dan sepatutnya membuat sidang media berhubung insiden berkenaan tengah hari ini.

NSTP melaporkan sehingga kini polis dilaporkan menahan 21 lelaki tempatan bagi membantu siasatan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman yang berpunca daripada isu perpindahan tapak kuil berkenaan.

Dalam kejadian itu, 23 kenderaan dibakar, manakala cermin sebuah pusat beli-belah turut dipecah dan dirosakkan.

Akibat kejadian rusuhan itu juga seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang diserang perusuh berada di dalam keadaan kritikal.

Mangsa, Muhammad Adib Mohd Kassim sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Subang Jaya di bawah pengawasan lima doktor pakar.

Pada 28 September lalu, satu notis pengosongan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengarahkan penghuni kuil itu mengosongkan tapak pada atau sebelum 15 Oktober lalu.

Bagaimanapun, pada 25 Oktober lalu, kira-kira 300 individu yang tidak bersetuju kuil itu dipindahkan bertindak berkumpul di kuil berkenaan ketika urusan pemindahan dijalankan. – BH

One thought on “Rusuhan Kuil: 16 Perusuh Termasuk Tiga Pekerja One City Ditahan Reman

  • November 27, 2018 at 6:55 pm
    Permalink

    Ni lah muka barua2 paria2 sampai cederakan bomba?? Fru tk guna gas pemedih mata?? Air.. belantan.. kenapa?? Da bakar kereta
    .cederakan bomba.. halang polis..bomba apa kah SOP polis sebenar?? Ceritakan bagi rakyat faham?? Apa SOP? Guna SOP bila? Keadaan mcmana SOP?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.