Najib Sedih Insiden Di Kuil, Harap Ambil Tindakan Segera

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa sedih dengan insiden rusuhan yang berlaku di Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, insiden seumpama itu tidak pernah berlaku dibawah pentadbirannya sebelum ini hingga mencetus konfrontasi yang melampaui undang-undang.

Malah kata Najib dalam status di Facebooknya, setiap keputusan berhubung penempatan semula rumah-rumah ibadat untuk setiap pengganut dibuat selepas berbincang, mengadakan rundingan yang telus dan dipersetujui oleh semua pihak.

“Saya berasa kecewa dengan insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Maha Mariamman. Sepanjang tempoh pentadbiran saya, tidak pernah berlaku konfrontasi melampaui batas undang-undang atau tindakan keganasan sebegini.

“Segala pembinaan, pemindahan atau penempatan semula mana-mana tempat beribadat dan perumahan, selalunya dibuat mengikut perancangan setelah konsultasi dan rundingan, dan mendapat persetujuan oleh semua pihak.

“Kita cari penyelesaian yang baik sentiasa dan berpihak kepada rakyat,” tulis Najib yang dipetik dari Sinar Harian.

Najib berharap agar siasatan dapat dijalankan dengan terperinci dan tindakan tegas harus diambil kepada pihak yang mencetus insiden ini selain turut mendoakan kepentingan rakyat masih lagi terjaga dan terbela.

“Saya amat sedih membaca kenyataan demi kenyataan pemimpin hari ini yang menyalahkan sesama sendiri dan ada juga yang salahkan pihak berkuasa – yang hari ini (pihak berkuasa) di tangan dan kawalan mereka.

“Tindakan segera dan amaran tegas juga perlu dikeluarkan kepada semua pihak supaya tiada yang mengambil tindakan undang-undang sendiri tanpa menghiraukan undang-undang negara,” katanya.

Penghujung statusnya, Najib menyeru agar semua pihak agar bersatu dan tidak membuat kekecohan di negara ini dengan menjaga keamanan yang sudah lama terbina.

“Jangan musnahkan apa yang kita telah bina sejak sekian lama. Malaysia ini tanah air kita semua,” katanya. – Suara.TV

 

 

3 thoughts on “Najib Sedih Insiden Di Kuil, Harap Ambil Tindakan Segera

  • November 27, 2018 at 5:57 pm
    Permalink

    Sedih ya?? Kami lagi sedih berduka kes 1mdb lambat sgt selesai?? Sedih tak?? lagi sedih kalau arul ..dn yg lain terlibat tidak terhukum seberat2nya termasuk pengerusi 1mdb?? Biar yg tipu salah curi dihukum seberat2nya…!!!!

    Reply
  • November 27, 2018 at 5:59 pm
    Permalink

    Insyaalah …akan terbukti kejahatan2 mereka ini!!! Bukti saksi cukup tepat fakta jelas sahih!! Salah tetap hukum seberat2nya tk kira siapa?? Dunia sudah tahu!!!

    Reply
  • November 28, 2018 at 10:46 am
    Permalink

    Apa sedihnya?? Curi duit byk sedih ke? Jow lho.1mdb.felda.felcra.kapalayar.scorpene.azilah.sirul.arul.jet.nfc.kondo.tanah.tabung haji.panel solar.dlm rumah juta2..byr jamin juta2. Sedih juga ke?? Jgn nk lakon lah.. tk layak kasihan simpati pd petualang.pengkhianat. pembelot.penyangak…rakus kejam zalim takbur bongkak angkuh ..!! Cabarlah undang2..rasa bolih lepas ke??
    Tepislah elak nafi..kau lupa allah swt maha mengetahui …!!
    Smga mudah2an insyallah semuanya akan terbukti jua dan kita akan tahu korupsi yg dilakukan..!! Akan ramai kroni2 spesis sama dicekup juga skandal2 lain yg akan menjelma nanti spt.MKN apa fungsinya? perisik tk tauliah yg ditangkap..
    Terlalu rakus kejam zalim???PH
    Rampas jika tidak negara ini muflis?? Parti tk salah yg rosakan tu yg khianat pd pengundi?? Rosak da teruk musnah..hancur.. berderai..masih sokong?? Tinggalkan jer ..cari parti lain yg jujur amanah tanpa rasuah??, kita tnggu hukuman seberat2nya pengkhianat2 ni dapat ya!! Sama2 kita tnggu!!
    Kotor busuk jijik…!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.