Dua Surau Di Melaka Dicampak Ketulan Daging Babi

KUALA LUMPUR – Dua buah surau di Serkam, Jasin, Melaka dicampak ketulan daging babi beserta nota pada kad manila oleh individu tidak bertanggungjawab awal pagi tadi, lapor portal BH.

Menurut penduduk, kejadian pertama dikesan berlaku di hadapan pagar bahagian dalam perkarangan Surau Kampung Bukit Serkam oleh penduduk yang mahu menunaikan solat subuh, pagi tadi.

“Sebelum saya melaungkan azan, saya ambil kerusi dan kepung bahagian daging itu kerana bimbang jemaah lain terpijak.

“Selepas solat subuh, seorang jemaah menghubungi polis untuk membuat laporan,” katanya ketika ditemui di surau terbabit, pagi tadi,” kata Adam Abdullah, 65.

Adam berkata, polis peronda tiba sebelum jam 7 pagi diikuti Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira dua jam kemudian bagi menjalankan siasatan dan dilihat mengangkat tiga ketul daging dipercayai daging babi.

Satu lagi kes sama turut dikesan berlaku di Surau An Nur, Ladang Serkam, menggunakan modus operandi yang sama dan kejadian hanya disedari kira-kira jam 8 pagi oleh pekerja pembersihan.

Ketua Polis negeri, Datuk Wira Raja Shahrom Raja Abdullah, mengesahkan kejadian itu namun enggan mendedahkan kandungan nota pada kad manila berkenaan.

“Terdapat juga dua kad manila yang digulung dengan perkataan yang kita tak boleh dedahkan,” katanya, dipetik dari laporan yang sama.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan pihaknya akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

“Saya tak nak komen lanjut tapi pelaku ini macam orang gila. Kita belum dapatkan keterangan lanjut,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau telah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah untuk mengambil tindakan susulan mengawal surau, masjid dan kuil atau rumah ibadat bagi menjaga keselamatan. – SuaraTV

 

2 thoughts on “Dua Surau Di Melaka Dicampak Ketulan Daging Babi

  • November 27, 2018 at 11:01 pm
    Permalink

    Smga dilaknat allah swt andainya benar daging khinzir di letak di 2 surau ini?? Kita tak tau angkara siapa pelakunya??
    Kita mampu berserah pd allah swt…

    Reply
  • November 27, 2018 at 11:02 pm
    Permalink

    Bacul penakut yg buat kerja ni??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.