‘Doakan Dia…’ Pinta Tunang Muhamad Adib

KUALA LUMPUR – “Doakan tunang saya.. tak kuat tengok kamu macam tu,” Demikian luahan tunang kepada anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang cedera diserang kumpulan perusuh di sekitar Kuil Maha Mariamman, Subang Jaya, awal pagi tadi.

Nurul Najihah dalam hantaran di Facebooknya hari ini turut menyatakan tidak kuat untuk melihat keadaan Muhammad Adib yang difahamkan kini sedang kritikal dan tidak sedarkan diri.

“Kamu kuat. Cepat bangun kamu. Muhammad Adib,” tulisnya dalam status yang turut disertakan dengan gambar mereka berdua.

Sementara itu, sepupu kepada Muhammad Adib, Hazman Ismail pula berkongsi, pasangan itu merancang mendirikan rumah tangga bulan depan.

“Minggu lepas baru balik hantar baju kain nak buat baju nikah. Semoga semuanya selamat,semoga tabah hadapi ujian Nurul Najihah,” katanya.

Rata-rata netizen turut melahirkan rasa simpati dan berharap agar Muhammad Adib yang merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, segera pulih.

Muhammad Adib kini dirawat di Sime Darby Medical Centre dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Difahamkan, dalam kejadian tersebut Muhammad Adib diserang apabila pasukannya tiba di lokasi selepas mendapat maklumat sebuah kereta terletak di luar kuil terbakar.

Beliau yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS itu ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul. – SINAR HARIAN

One thought on “‘Doakan Dia…’ Pinta Tunang Muhamad Adib

  • November 27, 2018 at 5:48 pm
    Permalink

    Kenapa tidak istihar darurat?? Sampai bomba cedera lambat dah?? Kita ada kuasa?? Kenapa lambat tindak?? Heran pelik??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.