Berita Kematian Anggota Bomba Palsu, Mangsa Dalam Keadaan Stabil

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba Selangor menerusi laman Twitter menafikan berita kematian seorang ahli jabatan bomba dan penyelamat yang tular yang terlibat dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ, Subang.

Anggota bomba terbabit, Muhamad Adib yang bertugas dalam Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) cedera parah dan terpaksa dimasukan ke Hospital Sime Darby Medical Centre.

Bomba Selangor memberitahu mangsa berada dalam keadaan stabil dan meminta orang ramai agar mendoakan Mohamad Adib pulih seperti sedia-kala.

Dalam pada itu, tunang kepada Muhamad Adib, Nurul Najihah dalam laman Facebooknya meminta orang ramai agar menghentikan spekulasi negatif mengenai keadaan tunangnya itu ketika ini.

Nurul juga memohon orang ramai agar mendoakan tunangnya kembali sihat selain memberikan kata-kata semangat supaya Muhamad Adib kembali sedar.

Kejadian kira-kira jam 2 pagi Isnin itu tercetus apabila puluhan individu berkumpul dan merusuh di kawasan tapak kuil hingga berlaku pergaduhan antara dua kumpulan yang menyebabkan 18 kereta pelbagai jenis dan dua motosikal terbakar.

Mereka turut menyerang anggota bomba yang sedang bertugas ketika itu. – Suara.TV

 

One thought on “Berita Kematian Anggota Bomba Palsu, Mangsa Dalam Keadaan Stabil

  • November 27, 2018 at 9:58 pm
    Permalink

    Insyallah allah swt maha kuasa..ya allah andainya ada limpah kurniamu dgn kekuasaan mu sembuhkan lah muhammad adib spt sediakala..amin

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.