Wanita Teguk Racun, Tertekan Hutang Belajar

JELEBU ― Seorang wanita berusia 44 tahun meneguk racun di rumahnya selepas disyaki tertekan untuk menjelaskan hutang pengajian.

Mulut perempuan itu berbuih disedari anak lelakinya di kediaman di Simpang Durian, di sini, dalam kejadian 1 tengah hari semalam.

Ketua polis daerah Jelebu berkata wanita itu ditemui terbaring dalam stor oleh kanak-kanak itu, 11, lapor Metro.

“Sehubungan itu, anak wanita itu memberitahu neneknya mengenai kejadian itu. Wanita itu kemudian menghubungi menantunya,” DSP Kamarul Rizal Jenal dilaporkan berkata.

“Berdasarkan siasatan, wanita ini dikatakan kemurungan di samping tertekan selepas diminta menjelaskan hutang pengajian.”

Katanya lagi, suami mangsa, berada di Kuala Pilah bergegas pulang membawa isterinya ke Hospital Tuanku Jaafar dan dia kini dilapor stabil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.