Video Untuk Peminat Bukan Aedy

PENYANYI lagu Pematah Hati, Nabila Razali,25, menjelaskan video sedih yang dimuat naik di laman Instagram miliknya baru-baru ini sekadar luahan perasaannya.

Ia sekaligus menepis dakwaan segelintir netizen kononnya video itu ditujukan buat pelakon Aedy Ashraf yang sebelum ini dikatakan bercinta dengan penyanyi terbabit.

“Saya sekadar memuat naik video itu untuk berkongsi dengan pengikut di laman instagram.

“Saya tidak tujukan video itu kepada Aedy mahupun sesiapapun,” katanya.

Terdahulu, Nabila memuat naik video luahan rasa kecewanya apabila dipermainkan seorang lelaki yang dipercayai ditujukan kepada Aedy.

“Lelaki ni memang tak pernah cukup kan?, tak kisahlah kita berkorban banyak mana, dia tetap cari lain. Harap korang tak tanya lagi pasal ni. Korang mesti pernah kena macam ni juga kan?,” katanya dalam video terbabit.

Luahan rasa itu dimuat naik pelakon drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati itu selepas beberapa jam Aedy berkongsi foto mesra dengan seorang wanita jelita ketika menghadiri sebuah acara hiburan.

Rata-rata netizen menganggap video berkenaan ditujukan kepada pelakon Dendam Aurora itu, malah foto terbaru yang dimuat naik oleh Aedy menerima komen peminat yang tidak berpuas hati dengan mendapat lebih 55,000 tontonan.

Ditanya sejauh mana hubungannya dengan Aedy, Nabila menjelaskan mereka sekadar rapat sebagai rakan artis.

“Kami berkenalan menerusi laman sosial dan berkawan tidak sampai sebulan.

“Harap netizen tidak lagi beri komen tidak betul kerana kami bukan pasangan kekasih.

“Saya juga tidak ada masalah jika Aedy ingin berkawan dengan wanita lain dan begitu juga sebaliknya,” katanya.

Mengulas tindakannya memadam gambar dan foto mesranya dengan Aedy di laman instagram, Nabila berkata, dia tidak mahu memanaskan lagi keadaan.

“Biarlah masa yang menjelaskan segala persoalan nanti,” katanya.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.