Video: Tak Berani Tidur Malam Sebab Kanser Tahap 4 – Elyana

Penyanyi popular yang juga peserta Gegar Vaganza 4 (GV4), Elyana membuat peengakuan bahawa beliau menghidapi Kanser limfoma sejurus selepas diumumkan tersingkir di minggu ke lima GV4.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Tidak Tercapai Akalmu itu memberitahu bahawa kansernya sudah berada di tahap ke 4.

Namun apa yang mengusarkan beliau ketika ingin tidur malam kerana bimbang tidak akan sedar daripada tidurnya.

“Sudah tujuh tahun saya menghidap kanser limfoma. Ia menyebabkan saya sentiasa berasa takut dan susah nak tidur malam sebab takut tak bangun esok pagi.

“Kanser ini telah merebak ke jantung, paru paru dan semua bahagian badan yang lain itu sebab bimbang sewaktu tidur jantung boleh tiba-tiba terhenti,” katanya.

Sebelum ini Elyana tidak pernah membuat sebarang pengakuan mengenai sakitnya itu malah menafikan bahawa sedang bertarung melawan penyakitnya itu.

“Sejujurnya saya bukanlah seorang yang gemar berkongsi perkara yang tidak sedap didengar kepada orang ramai,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau merasakan bahwa sudah tiba masanya untuk memberitahu para peminatnya mengenai kondisinya pada ketika ini.

“Memang doktor sarankan saya tidak menyertai GV4 kerana ini bukan persembahan biasa tetapi berbentuk pertandingan.

“Saya masuk GV4 sebab peminat dan ini adalah cara terbaik untuk memberitahu mereka.

“Penyakit ini tidak patut disembunyikan, saya berasa telah menghampakan peminat, sedih lihat sokongan mereka,” katanya.

Di minggu ke lima GV4 ini, beliau mendendangkan lagu Sepi dan telah mendapat kritikan membina daripada juri tetap, Hetty Kos Endang.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.