Rupanya 9 Makanan Ini Tidak Pernah Disantap Oleh Ratu Elizabeth II

Kisah hidup keluarga diraja Britain menarik untuk diikuti oleh orang ramai. Bermula dari perkahwinan, kematian, gaya berpakaian hingga cara makan pun menjadi perkara yang menarik.

Ratu Elizabeth II miliki beberapa kebiasaan makanan yang unik.  Ternyata, selama ini Ratu Elizabeth menghindari beberapa jenis makanan.

Berikut ini adalah sembilan makanan yang tidak pernah disantap oleh Ratu Elizabeth II.

1. Pasta

Ia didedahkan oleh chef Royal English,Chef darren McGrady.  Sebaliknya, Ratu memakan salad dalam kuantiti yang besar atau ikan bakar atau ayam dengan dua sayuran di sampingnya.

Jika anda merasa telah makan terlalu banyak karbohidrat, anda mungkin boleh mengikuti jejak Ratu Elizabeth II ini.

2. Kentang

Ratu Elizabeth II tidak hanya menolak pasta dan roti malah beliau tidak makan kentang kerana kandungan zat pati di dalamnya.

3. Daging setengah masak

Memakan daging setengah masak memang dilihat mewah. Namun, Ratu Elizabeth II tidak suka dengan hal ini.

“Yang mulia lebih menyukai daging yang dimasak dengan baik,” kata McGrady.

4. Telur berwarna putih

Semua Ratu  suka dengan telur hancur, apalagi ditambah dengan salmon dan truffle. Namun, beliau  pasti akan memilih telur berwarna coklat daripada putih.

Ratu Elizabeth II fikir bahawa telur yang berwarna coklat memiliki rasa yang lebih nikmat.

5. Bawang merah dan bawang putih

Rupanya, Ratu Elizabeth II juga tidak mahu nafasnya berbau tidak enak, sama seperti orang biasa yang tidak ingin bertemu dan menyapa seseorang dengan nafas tidak sedap.

Untuk itu, McGrady mengatakan, Ratu Elizabeth II tidak akan makan apapun dengan bawang putih dan merah yang terlalu banyak.

6. Hujung roti

Simpan hujung roti untuk makanan burung. Beliau memilih tepi rotinya di potong sebelum disajikan bersama teh.

“Seorang chef menyuruh saya berhenti menyajikan sandwich dengan penghujung roti,” kata bekas chef Royal Owen Hodgson.

Ratu Elizabeth II menyukai sandwich tuna yang disalut mentega, campuran tuna dan mayonnaise,  timun yang nipis  dan sedikit lada.

Ratu Elizabeth II juga tidak akan menambahkan muffin Inggeris ketika minum teh di siang hari.

7. Buah di luar musim

“Anda boleh menghantar strawberi untuk  beliau setiap hari selama musim panas. Beliau tidak akan mengucapkan sepatah kata pun,” ucap McGrady.

“Cuba sertakan strawberi pada menu di bulan Januari, beliau akan mempamerkan sikap berbeza dan memberitahu “jangan hantar saya strawberi yang diubahsuai secara genetik,” tambahnya.

8. Makan pisang tanpa garfu

Seorang Ratu tidak akan pernah merendahkan dirinya dengan memakan pisang seperti monyet.

Ratu ELizabeth II tidak menggunakan tangan ketika makan pisang.

Beliau menggunakan garfu dan mengupas kulitnya dengan pisau dan kemudiannya memotong pisang itu sehingga boleh dimakan dengan garfu.

9. Teh manis

Ratu Elizabeth II minum teh tanpa gula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.