Putera Harry, Meghan Markle Bertunang?

Puteh Harry dan Meghan Markle dilaporkan sudah bertunang.

Perkara itu disahkan sumber kerabat Diraja Britain yang dipetik Sunday Express.

“Satu mesyuarat diadakan pada Jumaat lalu bagi mengesahkan mengenai pertunangan pasangan berkenaan serta mengumumkannya kepada kakitangan Istana Buckingham dan Kensington,” kata sumber itu lagi, lapor Awani.

Menurutnya, kini terpulang kepada pasangan itu untuk memutuskan bila akan mengumumkan secara rasmi pertunangan mereka.

“Apa yang penting adalah Ratu Elizabeth telah memberikan restu Baginda kepada pertunangan berkenaan,” katanya sumber itu.

Sumber itu turut menjelaskan, pengumuman rasmi mengenai pertunangan Putera Harry bakal dibuat dalam dibuat pada bila-bil masa, seawal minggu depan atau awal tahun depan.

Pengesahan itu sekali gus menamatkan spekulasi berbulan lamanya mengenai status hubungan mereka.

Putera Harry dan Meghan telah menjalinkan hubungan sejak 16 bulan lalu.

Pasangan berkenaan, dilaporkan sebelum ini telah berbincang beberapa kali mengenai perkahwinan mereka.

Putera Harry juga telah bertemu dengan ibu Meghan, Doria Ragland, tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.